Wednesday, 3 August 2011

Mee Udang Sedap

Bahan2
2 peket mee kuning saiz 450 gm ~ dicelur sekejap & tos
800 gm udang segar saiz besar/sedang ~ potong sesungut & kakinya
(kuantiti udang terpulang nak kurangkan atau lebihkan.. lagi banyak lagi sedap!)
6 ekor sotong ~ di potong kecil (optional)
1 ½ jug blender air (ini sukatan MaDihaA u all agak2 sendirilah yer kepekatan kuahnya)
1 tin kecil tomato puree*
3 ~ 4 sudu besar sos cili*
2 sudu besar sos tomato*
Serbuk pati ayam* (MaDiHaA guna 2 sudu besar Knorr Pasti Sedap)
4 sudu besar sos nampla@sos ikan*
Sawi secukupnya ~ dipotong & cuci
2 biji buah tomato (MaDiHaA tak campur dlm kuah, tapi dicampur semasa menghidang)
1 ½ sudu besar gula*
6 sudu KFC garam* (ini ikut sukatan MaDiHaA.. sila ikut citarasa sendiri ok!)
2 sudu KFC ajinomoto* (ini MaDiHaA tambah)
Minyak utk menumis
6 sudu besar cili kisar

Bahan dikisar (A)
5 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
1 ½ sudu besar udang kering
air secukupnya

Bahan dikisar (B)
2 biji kentang sederhana besar ~ digoreng @rebus hingga empuk & potong kiub
6 ekor udang segar tanpa kulit
air secukupnya

Bahan tambahan
Telur rebus
Cili merah
Limau kasturi
Daun salad
Bawang goreng
Tauhu goreng
(MaDiHaA letak telur rebus, tauge, hirisan tomato & tauhu goreng aje)

Cara-cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar (A) serta cili kisar & tumis sehingga wangi & terbit minyak.
2. Masukkan bahan kisar (B) & tambah lagi 1½ jug air (sukat guna jug blender tadi). Kacau rata & biarkan seketika.
3. Masukkan bahan2 bertanda (*) secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan udang, sotong & sawi. Biar sebentar hingga sawi lembut. Rasakan kuah biar secukup rasa kemudian bolehlah masukkan buah tomato, kacau2 kejap & padamkan api. (MaDiHa skip sebab tak suka buah tomato yg dimasak, so MaDiHaA guna tomato mentah semasa menghidang)
5. Hidang mee bersama kuah serta bahan2 tambahan yang lain ikut citarasa sendiri.

Nota MaDiHaA: Jika anda masak dalam kuantiti sedikit & ingin menghidang terus.. boleh campurkan terus mee kuning di dalam kuah seperti yang CT masak. Tetapi jika masak dalam kuantiti yg banyak macam MaDiHaA & mungkin tak boleh dihabiskan semua.. jangan campurkan terus mee kerana mee akan mengembang. Celur sekejap mee & hidang bersama kuah & lain2 bila dah bersedia nak makan.


No comments:

Post a Comment