Friday, 19 August 2011

Shortbread

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega (S.C.S butter)
80 g gula aising (resipi asal guna 115 g gula halus)
150 g tepung gandum*
65 g tepung beras*
1/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Sedikit gula halus untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 150C, lenser acuan tart berdiameter 9 inci atau tin segi empat berukuran 8 x 8 inci. Alas dasar tin dengan kertas. Jika guna acuan tart, tidak perlu dialas kerana dasarnya boleh ditanggalkan. Ketepikan.
Putar mentega dan gula aising hingga sebati dan putih. Perlahankan speed, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.Keluarkan adunan dan satukan hingga menjadi doh.
Alih ke dalam acuan dan tekat hingga rata. Gunakan belakang sudu untuk melicinkan permukaan doh. Cucuk2 dengan garfu dan buat garisan pembahagi sama besar sebanyak 8 bahagian (seperti dalam gambar di bawah).
Bakar 40 - 45 minit hingga kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan biarkan suam. Keluarkan dari acuan, dan potong berhati2 mengikut garisan pembahagi yang telah dibuat tadi. Asingkan bila shortbread betul2 sejuk dan tabur sedikit gula halus



Biskut Nestum




Resepi : Maria
Bahan :
250 gm butter
100 gm kismis
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum
1 cawan gula caster
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
Pukul butter dengan gula hingga putih.
Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. Mas bakar 20 minit.

Butter Cookies


Bahan - bahan :
180gm butter
120gm gula kastor
450gm tepung naik sendiri
50gm tepung jagung
2 biji telur
chocolate chip - ikut nak banyak mana
chocolate rice - optial
Cara membuatnya :
Pukul butter dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan kacau rata.
Kemudian masukkan semua bahan lain, kacau sehinnga mesra.
Buat bentuk bulat2 dan tekan menggunakan garfu. Tabur chocolate rice atas biskut.
Bakar pada 180 C selama 15 - 20 minit hingga masak.
Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!


BISKUT BEBOLA CORNFLAKES



Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya
Cara Membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.




Thursday, 11 August 2011

Ayam masak ungkep

Resepi Asal
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong dan bersihkan
10 biji cili merah (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
300ml santan
3 batang serai (mayang halus)
2 sudu makan pati asam jawa
1 sudu makan gula pasir
garam
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar, ketumbar, jintan putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga empuk. (Amie campur sedikit air)
3. Masukkan gula, garam, pati asam jawa dan santan. Kacau rata.
4. Masak lagi di atas api kecil selama 10 minit.
5. Apabila kuah pekat, angkat dan hidangka

Wednesday, 3 August 2011

Mee Udang Sedap

Bahan2
2 peket mee kuning saiz 450 gm ~ dicelur sekejap & tos
800 gm udang segar saiz besar/sedang ~ potong sesungut & kakinya
(kuantiti udang terpulang nak kurangkan atau lebihkan.. lagi banyak lagi sedap!)
6 ekor sotong ~ di potong kecil (optional)
1 ½ jug blender air (ini sukatan MaDihaA u all agak2 sendirilah yer kepekatan kuahnya)
1 tin kecil tomato puree*
3 ~ 4 sudu besar sos cili*
2 sudu besar sos tomato*
Serbuk pati ayam* (MaDiHaA guna 2 sudu besar Knorr Pasti Sedap)
4 sudu besar sos nampla@sos ikan*
Sawi secukupnya ~ dipotong & cuci
2 biji buah tomato (MaDiHaA tak campur dlm kuah, tapi dicampur semasa menghidang)
1 ½ sudu besar gula*
6 sudu KFC garam* (ini ikut sukatan MaDiHaA.. sila ikut citarasa sendiri ok!)
2 sudu KFC ajinomoto* (ini MaDiHaA tambah)
Minyak utk menumis
6 sudu besar cili kisar

Bahan dikisar (A)
5 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
1 ½ sudu besar udang kering
air secukupnya

Bahan dikisar (B)
2 biji kentang sederhana besar ~ digoreng @rebus hingga empuk & potong kiub
6 ekor udang segar tanpa kulit
air secukupnya

Bahan tambahan
Telur rebus
Cili merah
Limau kasturi
Daun salad
Bawang goreng
Tauhu goreng
(MaDiHaA letak telur rebus, tauge, hirisan tomato & tauhu goreng aje)

Cara-cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar (A) serta cili kisar & tumis sehingga wangi & terbit minyak.
2. Masukkan bahan kisar (B) & tambah lagi 1½ jug air (sukat guna jug blender tadi). Kacau rata & biarkan seketika.
3. Masukkan bahan2 bertanda (*) secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan udang, sotong & sawi. Biar sebentar hingga sawi lembut. Rasakan kuah biar secukup rasa kemudian bolehlah masukkan buah tomato, kacau2 kejap & padamkan api. (MaDiHa skip sebab tak suka buah tomato yg dimasak, so MaDiHaA guna tomato mentah semasa menghidang)
5. Hidang mee bersama kuah serta bahan2 tambahan yang lain ikut citarasa sendiri.

Nota MaDiHaA: Jika anda masak dalam kuantiti sedikit & ingin menghidang terus.. boleh campurkan terus mee kuning di dalam kuah seperti yang CT masak. Tetapi jika masak dalam kuantiti yg banyak macam MaDiHaA & mungkin tak boleh dihabiskan semua.. jangan campurkan terus mee kerana mee akan mengembang. Celur sekejap mee & hidang bersama kuah & lain2 bila dah bersedia nak makan.


Cara Berlauk


Bahan2 Inti
1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning secukupnya

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.



Kek Pisang Lembab & Gebu


Bahan-bahan:
300g pisang dilecek
240 g tepung gandum (tepung superfine pun boleh)
180 g gula castor (MaDiHaA kurangkan ke 150 gm saja)
4 biji telur
160 ml minyak jagung
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam

Cara membuatnya:

Campurkan semua kedlm mixer, putar sehingga kembang dan gebu putih. Masukkan dlm loyang dan bakar pd suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak. Pastikan adunan setengah drp loyang krn kek akan naik sekali ganda.



Chewy Gooey Yummy Brownies


Bahan:
250 g butter - potong kecik
400 g coklat masakan - potong kecik
6 biji telur
340 g brown sugar (Madiha kurangkan sehingga 300 gm ~ masih manis lagikk )
2 s/k esen vanilla
20 g chocolate emulco (anggaran 1 sudu besar)
80 g tepung gandum (ayak bersama coco powder)
60 g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/ macadamia (optional)-toastkan (Madiha guna almond yg dipotong 4 ~ rasanya guna walnut lagi best sbb almond agak keras sket.. )

Cara:
1) Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11. (Madiha guna tray shortbread 12" x 12")
2) Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3) Masukkan telur, gula, esen vanila dan chocolate emulco dalam satu mangkuk yg lain, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4) Tuang butter dan coklat cair tadi kedalam mangkuk adunan telur tadi dan gaul rata.
5) Masukkan tepung & coco yg diayak sikit demi sikit dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama.
6) Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7) Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad. (Madiha bubuh coklat topping)

Coklat Topping
Bahan2
250 g coklat masakan
1sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar shortening

Cara
Cairkan semua bahan2 cara double boiler sehingga coklat masakan benar2 cair. Tuangkan di atas brownies dan hiaslah ikut suka hati anda

Tuesday, 2 August 2011

Tart Keju Nenas


sumber/credit to : kak fida @ myresepi.net

Bahan-bahan (80-100 kpg Ikut kecil atau besar acuan tart)
• Bahan2 doh tart:-
• 450 g mentega - lembut
• 3 biji kuning telur
• 1 biji putih telur
• 100 g gula halus (saya guna gula icing)
• 100 g keju (KRAFT) - diparut dan dilecek
• 1 kg tepung gandum - ayak
• Bahan2 inti :-
• 2 biji nenas - diparut
• 450 g gula pasir
• 1 biji pelaga,2 kuntum bunga cengkih - (jika suka)

Cara-cara
1. Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat. Matikan api dan sejukkan.

2. Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.

3. Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.

4. Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya. Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.

5. Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.



Cornflakes Cookies


sumber/credit to jun & vg

Bahan-bahan
125gm butter
1/2 cawan gula
1 biji telur-pukul sket
1 cawan cornflakes
1-2 cawan cornflakes-litely crushed untuk salut
1 cawan tepung naik sendiri
1-1 1/2 cawan sultanas
secubit garam

Cara-cara
panaskan oven 180'c. ayak tepung, masukkan sultanas. krimkan butter n gula, masukkan tepung n telur. pukul rata. masukkan cornflakes (1 cawan) n gaul rata. rollkan 2 sudu teh doh n salut ngan cornflakes. tekan sket n letak atas tray. bakar selama 15min.

Cornflakes Cookies


sumber/credit to : ummi

Bahan-bahan (anggaran 70 biji)

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis.

3. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.

4. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas).

5. Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Shortbread Cookies


sumber/credit to : hana

Bahan-bahan

240g tepung gandum
100g gula kastor
80g almond powder
200g butter
90g susu tepung

Cara-cara

1. gaul semua bahan sehingga sebati.

2. Padatkan2 dlm loyang.

3. Bakar 180-20minit.

4. Dah masak sejukkan!

5. Topping tuh - coklat masakan cairkan secara double boiler n curahkan atas cookies td n sejukkan! aku letak skit marjerin sesudu.

6. Cekelat dh keras leh la potong2! pisau nk kene tajam.