Thursday, 28 July 2011
biskut mentega kacang rangup
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan mentega tanpa garam
3/4 cawan mentega kacang
1 cawan gula merah
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
3/4 sudu soda bikarbonat
Coklat dan coklat urai sebagai hiasan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan oven 1800C dan siapkan dulang pembakar.
2. Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar dengan kelajuan sederhana. A
3. Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.
4. Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.
5.Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya.
Monday, 25 July 2011
SAMPERIT MARBLE
Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
6. Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
8. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
Friday, 22 July 2011
gado gado
GADO-GADO
Bahan Untuk Membuat Kuahnya
450 gm kacang tanah (digoreng dgn sedikit minyak dan kisar separuh kasar)
secukup air asam (kira-kira 6-8 mata, digaulkan dengan 1/2 cawan air)
70 gm gula melaka
8 sudu makan (bumbung) gula pasir
3½ -4 cawan air
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
Bahan Kisar
25 tangkai cili kering (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari lengkuas
2 batang serai
2 cm cekur/kencur (saya tak taruk, sebaliknya saya bubuh 4-5 helai daun limau purut)
Secukup minyak untuk menumis
Bahan-Bahan Lain
1 btg lontong (dipotong dadu)
3 biji kentang (direbus & potong dadu)
4 peket tempeh (digoreng & potong kecil-kecil)
4 keping tahu saiz kecil (digoreng & potong ikut suka)
250 gm kacang panjang (dipotong anggaran 1 inci & direbus separuh masak)
250 gm kobis (dihiris halus & dicelur sebentar)
1 biji timun (dihiris)
5-6 biji telur rebus (belah 4)
keropok ikan, udang atau belinjau goreng
Cara Menyediakan Kuah:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar & daun limau purut sehingga garing dan wangi.
2) Bila terbit minyak, masukkan kacang, air, gula melaka, gula pasir dan garam. Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan air asam dan dikacau rata. Sesuaikan rasanya. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimatikan api. Kuah Gado-Gado ini lebih sedap rasanya jika rasanya manis sedikit.
Cara Menghidang Gado-Gado
Di dalam pinggan, susun sayur-sayuran, lontong, tempeh, tahu, telur dan sebagainya. Tuangkan kuahnya. Akhir sekali, bubuh keropok udang, ikan atau belinjau.
FAMOUS AMOS
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan padat gula perang *
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 telor
1 sb susu segar
4 cawan tepong gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar (kak rose x de ni.... so x letak)
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincang
2 cawan semisweet chocolate chips
1 sk vanilla extract
Cara-cara
Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.
Thursday, 14 July 2011
Biskut Kuaci
Bahan-bahan:
100 gm mentega
70 gm gula perang
60 gm isi kuaci bunga matahari
130 gm tepung biskut (top)
20 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil pes vanila mentega (butter vanilla paste)
1/2 sudu kecil garam
1 biji kuning telur yang kecil
1/4 sudu kecil emplex (perangup biskut)
100 gm cip coklat
Cara Menyediakan:
1. Dalam bekas mengadun, satukan mentega, gula perang, pes vanila mentega, garam, kuning telur dan emplex. Kacau hingga bercampur rata.
2. Masukkan kedua-dua jenis tepung, kuaci dan cip coklat. Gaul hingga sebati.
3. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang disapu mentega. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 15 ke 20 minit.
BAHAN-BAHAN:
125 gm mentega
90 gm gula halus
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
55 gm kelapa parut
40 gm badam kisar
25 gm tepung kastard
150 gm tepung
2 sudu besar serbuk koko
CARA MENYEDIA KAN:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Tambah kuning telur, esen vanila dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan badam kisar, kelapa, tepung jagung, tepung kastard dan tepung.
4. Uli hingga menjadi doh. Gelek doh dan terap menggunakan bentuk ‘pear’.
5. Sapu dengan kuning telur dan tabur kelapa kering di atasnya.
6. Bakar pada suhu 180oC selama 15 minit.
CUPCAKES
CUPCAKES
Bahan A
500 gm tepung sponge mix
40 gm tepung naik sendiri
60 gm air
5 biji telur A
Bahan B
60 gm minyak
Cara
1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk.
2. Pukul sehingga adunan gebu 2 kali ganda dan warna putih.
3. Masukkan bahan B dan kacau dengan senduk kayu sahaja.
4. Sudukan dalam acuan kertas dan bakar selama 20 - 25 minit dalam suhu 180'C.
5. Sejukkan dan hiaskan dengan butter icing mengikut kreatibiti sendiri.
BUTTER CREAM
Bahan
200 gm creamwell
50 gm gula aising [ayak]
Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
2. Pukul sehingga adunan naik dua kali ganda dan warna putih gebu.
3. Pamkan cream diatas cupcake mengikut citarasa sendiri.
BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
5. Terapkan di atas dulang pem bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.
ADAB MAKAN DAN MINUM : ' Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya.' (Hadis riwayat Imam Muslim).
Kuih Gunting
Bahan-bahan
150gm tepung gandum
4 pelepah daun kari digunting halus
45gm majerin
1 sudu makan serbuk cili
50ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil jintan manis }
1 sudu kecil jintan putih } di kisar halus
1 sudu kecil ketumbar }
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan diatas, masukkan majerin, gaul rata.
2. Tuang santan dan uli hingga menjadi doh.
3. Potong doh memanjang dan gunting menyerong kedalam bekas ditaburi tepung.
4. Goreng hingga kekuningan.
Biskut Snow Almond
Biskut Snow Almond
Bahan A
260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam
Bahan B
300gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung
Hiasan : Coklat masakan dan breadcrumb putih
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb/
Biskut Suji Crystal / Crystal Ball Cookies
Biskut Suji Crystal / Crystal Ball Cookies
Bahan A(diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda
Bahan B
125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster
Cara-cara :
1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.
Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.
5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.
Thursday, 7 July 2011
Monday, 4 July 2011
Report duty
Semalam aku pergi ke JKN negeri Johor untuk melapor diri sebagai Penyelia Jururawat U 36. Memang bosan banyak masa disana digunakan untuk menunggu dan kebetulan masa tu ada mesyuarat kat PKJB, pastu dah lah lewat dapat tahu kena melapor kat KK Masai kerana pos ada kat situ untuk di isi oleh penjawat seperti ku.... sedih gak tempat yang kat KPL HSI dah diisi....
Nasib baik masa tu ada seorang lagi kawan yg sama-sama melapor diri dari Segamat .....Anis namanya. Lama tak jumpa ngan dia...melepaskan rindu la kita dan banyak cerita yang kami kongsi bersama tapi tak sempat nak keluar pergi makan-makan.
Nasib baik masa tu ada seorang lagi kawan yg sama-sama melapor diri dari Segamat .....Anis namanya. Lama tak jumpa ngan dia...melepaskan rindu la kita dan banyak cerita yang kami kongsi bersama tapi tak sempat nak keluar pergi makan-makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





