Friday, 22 July 2011

gado gado


GADO-GADO

Bahan Untuk Membuat Kuahnya
450 gm kacang tanah (digoreng dgn sedikit minyak dan kisar separuh kasar)
secukup air asam (kira-kira 6-8 mata, digaulkan dengan 1/2 cawan air)
70 gm gula melaka
8 sudu makan (bumbung) gula pasir
3½ -4 cawan air
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)


Bahan Kisar
25 tangkai cili kering (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari lengkuas
2 batang serai
2 cm cekur/kencur (saya tak taruk, sebaliknya saya bubuh 4-5 helai daun limau purut)
Secukup minyak untuk menumis


Bahan-Bahan Lain
1 btg lontong (dipotong dadu)
3 biji kentang (direbus & potong dadu)
4 peket tempeh (digoreng & potong kecil-kecil)
4 keping tahu saiz kecil (digoreng & potong ikut suka)
250 gm kacang panjang (dipotong anggaran 1 inci & direbus separuh masak)
250 gm kobis (dihiris halus & dicelur sebentar)
1 biji timun (dihiris)
5-6 biji telur rebus (belah 4)
keropok ikan, udang atau belinjau goreng


Cara Menyediakan Kuah:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar & daun limau purut sehingga garing dan wangi.

2) Bila terbit minyak, masukkan kacang, air, gula melaka, gula pasir dan garam. Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan air asam dan dikacau rata. Sesuaikan rasanya. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimatikan api. Kuah Gado-Gado ini lebih sedap rasanya jika rasanya manis sedikit.


Cara Menghidang Gado-Gado
Di dalam pinggan, susun sayur-sayuran, lontong, tempeh, tahu, telur dan sebagainya. Tuangkan kuahnya. Akhir sekali, bubuh keropok udang, ikan atau belinjau.

FAMOUS AMOS


Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan padat gula perang *
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 telor
1 sb susu segar
4 cawan tepong gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar (kak rose x de ni.... so x letak)
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincang
2 cawan semisweet chocolate chips
1 sk vanilla extract

Cara-cara
Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

No comments:

Post a Comment