Saturday, 14 May 2011

Kuih Raya (Dari Brother Rozzan)


BISKUT HATI KEJU

Bahan-Bahan
225 gm mentega
170 gm parutan keju Cheddar
455 gm tepung gandum
1 biji telur (dipukul)
½ sudu teh serbuk lada putih
2 biji kuning (dikocok) – utk sapu atas biskut

Cara:
Tepung diayak dgn lada putih. Setelah itu digaul rata dgn mentega. Masukkan parutan keju lalu digaul lagi. Masukkan telur dan uli hingga menjadi doh yg lembut.

Seterusnya, canai dan teraplah doh dgn menggunakan penerap berbentuk hati. Atur dalam dulang pembakar, sapukan sedikit kuning telur dan bakarlah dgn kepanasan 160 darjah Celsius selama 15 minit atau sehingga masak dan garing.



KUIH MAKMUR

Bahan-Bahan
400 gm tepung
250 gm / 1 buku mentega
1 biji telur
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna hijau - jika mahu

Caranya
Uli semua bahan di atas sehingga rata & boleh diterap dengan acuan bulat. Leperkan & masukkan sedikit inti kacang ke dalamnya. Bentukkan sedikit lonjong & dengan menggunakan penyepit, sepit seperti bentuk daun. Bakar dengan suhu 170 darjah Celcius sehingga masak atau kuihnya kekuningan. Setelah sejuk, susun & taburkan gula serbuk di atasnya.

Inti Kacang
300 g kacang tanah
210 g gula

Caranya
Kacang tanah digoreng tanpa minyak (disangai) dengan menggunakan api yg kecil. Setelah masak, angkat & sejukkan dahulu sebelum dibuang kulitnya. Kisar/tumbuk kasar sedikit.Campurkan gula & gaul rata.

No comments:

Post a Comment